Saturday, 4 May 2013

Contoh Jawapan KBKK Langkah-Langkah Menjadikan Malaysia Negara Maju


.
 Langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju..


                Antara langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju ialah kita perlulah sentiasa bersikap inovatif dan berusaha memperbaiki kelemahan diri supaya dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan.Keamanan dan perpaduan perlulah sentiasa dipelihara kerana kemajuan sesebuah negara itu dipengaruhi oleh keadaan didalam negaranya. Jika negara kita tidak aman, pelabur dari negara luar pasti was-was untuk melabur di negara kita.Kita memerlukan pelabur asing untuk melabur di negara kita untuk mengukuhkan kewangan negara.
        Selain itu, faktor pemerintahnya juga diambil kira. Pemerintah yang memerintah negara kita perlulah seorang yang adil, sentiasa berwibawa,sentiasa berpandangan jauh dan berkebolehan menjangka perubahan yang bakal berlaku.Hal ini penting untuk memastikan negara kita sentiasa berkembang mengikut peralihan masa.Seterusnya,kita perlu meneliti dan menghayati perubahan yang berlaku pada masyarakat lalu dan mengambil iktibar daripada peritiwa yang telah berlaku serta menjadikannya sebagai inspirasi untuk terus maju.
                          Selanjutnya, kawasan-kawasan yang strategik yang dapat menarik minat pelancong asing, bolehlah dimajukan untuk tujuan pelancongan. Hal ini dapat membantu negara dalam mempromosikan negara kita kepada negara lain. Pusat-pusat pendidikan perlulah dimajukan dan pendidikan haruslah dijadikan sebagai keutamaan kerana ilmu itu pelita hidup. Para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM, bolehlah dihantar belajar ke luar negara supaya mereka mendapat pengetahuan yang lebih mendalam dan lebih terperinci seterusnya dapat memberi serba sedikit ilmu yang diperoleh ketika berkhidmat kepada negara.
                       Sektor pengangkutan dan perhubungan perlulah dimajukan seiring dengan kemajuan ekonomi yang dicapai untuk memudahkan lagi perjalanan kita ke sesuatu destinasi. Selain itu, sekolah-sekolah yang menawarkan bidang teknikal perlulah ditambah supaya dapat melahirkan lebih ramai lagi tenaga mahir di dalam negara kita. Seperti yang kita ketahui, teknologi negara asing seperti negara Jepun lebih canggih daripada negara kita. Oleh itu, kita boleh juga membuat pertukaran teknologi agar negara kita juga setanding dengan negara mereka.Selanjutnya, seperti yang diketahui umum, zaman sekarang merupakan zaman kemunculan teknologi-teknologi canggih. Oleh itu, negara kita perlulah meningkatkan teknologi ICT agar negara kita juga maju seperti negara mereka.
                       Pihak kerajaan juga bolehlah membantu pengusaha-pengusaha kecil dan usahawan-usahawan muda dengan memberi wang insentif kepada mereka supaya mereka dapat menggunakan wang tersebut untuk memajukan perusahaan mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Program-program yang berkaitan seperti program cara menjadi pengusaha atau usahawan yang berjaya boleh diadakan untuk memberi panduan kepada para pengusaha dan usahawan untuk memajukan perusahaan masing-masing.


3 comments:

  1. Para pelajar dan anaknda yang dikasihi sekalian,
    Contoh Jawapan pelajar ini BAIK .Ada Fakta Utama dan Ada huraian. Perenggan yang sekata memudahkan pemeriksa menanda dengan MUdah.

    Huraian Isi yang jelas dan Mudah DIfahami.
    Apa yang dipentingkan Keyakinan Ananknda semua Melakukan Penulisan Ini dengan Masa yang optimum dan Terbaik.
    Peruntukkan Markah harus Prihatin. Setiap Fakta dan Setiap Huraian serta Contoh ada Markah yang diberi.
    Jadi, BUATLAH YANG TERBAIK. YAKIN BOLEH UNTUK KERTAS 3 ini.

    ReplyDelete