Thursday, 18 April 2013

Contoh Lain Jawapan KBKK bagi Tingkatan 5 Kertas 3


6.Cabaran Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara

(a) Jelaskan  cabaran yang dihadapi Malaysia  bagi menjamin
      kedaulatan negara ( 5markah)
Cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara ialah ancaman anasir-anasir luar yang cemburu dengan keharmonian negara Malaysia . Seterusnya , cabaran dalam mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia . Selanjutnya , cabaran bagi memupuk nilai-nilai patriotisme dalam diri generasi muda agar kedaulatan negara terjamin . Selain itu , cabaran untuk memastikan ekonomi negara yang kukuh seterusnya dapat menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang kuat  dan akhir sekali cabaran mengekalkan persefahaman antara kaum di Malaysia .
 
(b) Nyatakan  langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas   ( 5 markah)
   Langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ialah dengan menyediakan angkatan tentera yang kuat dan mempertingkatkan kecanggihan teknologi dalam bidang pertahanan . Seterusnya ,mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royang yang mampu mengekalkan perpaduan kaum . Selanjutnya , mengadakan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah di sekolah masing-masing dan mengadakan pameran biografi tentang pejuang-pejuang yang gugur di medan perang demi mempertahankan negara. Selain itu , menggalakkan masyarakat Malaysia terlibat dengan aktiviti yang mendatangkan keuntungan ekonomi seperti berniaga . Akhirnya , mengadakan perbincangan antara kaum dalam menyelesaikan sesuatu masalah .

2 comments:

  1. terima kasih banyak2 cikgu :)
    cikgu membantu saya teknik menjawap sejarah :)
    semoga saya mendapat A+ untuk subjeck ni & subjek2 lain. Aminnn :')
    -asilah-

    ReplyDelete
  2. Semoga semua rakan anda dan anaknda yang menghadapi peperiksaan memperoleh manfaat dan faedah bersama.. A+ untuk anda semua. AMIN

    ReplyDelete