Thursday, 29 December 2011

AGENDA MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA 2012

AGENDA 3.2
Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu




MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH
BIL 4 / TAHUN 2011


Tarikh : 19 Oktober 2011

Masa : 2.00 – 4.30 Petang

Tempat : Kelas 4 Angsana

Pengerusi : Sharifah ‘Ain Haji Ali

Kehadiran(Bilangan) : 10 orang (Rujuk Lampiran)

Turut Hadir (Jika ada): -



1
KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

Pengerusi Majlis mengucapkan terima kasih kepada para guru kerana dapat hadir dalam Mesyuarat Panitia kali ini. Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada guru
kerana dapat menyelesaikan tugasan dalam menyediakan soalan.


2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.

Dibentang oleh Puan Sharifah ‘Ain Haji Ali
Dicadang untuk disahkan oleh Puan Sharifah bt Shood
Disokong untuk pengesahan oleh Puan Noranisyah bt Afandi

3
PERKARA BERBANGKIT:

Tiada perkara berbangkit.


4
PERBINCANGAN ISU SEMASA :

4.1. Laporan Post Mortem Percubaan PMR

4.1.Puan Hajah Raihani melaporkan bahawa Analisa Keseluruhan menunjukkan GPMP meningkat dari 2.67 (AR2) ke 1.82 (AR3). Namun, masih belum mencapai sasaran OTR3 iaitu 1.32 iaitu 7 orang pelajar gagal.

4.2 Laporan Post Mortem Percubaan SPM

4.2.1 En Azril Shahril melaporkan bahawa GPS bertambah baik. Tiada pelajar
yang gagal. Keseluruhan, memuaskan.


4.3 Aktiviti Penambahbaikan

4.3.1 SPM
a. Kelas tambahan Pakad berjalan seperti biasa. Tumpuan adalah soalan-
soalan dari daerah lain dan Modul Nota Berpandu.
b. Pelajar membuat latihan ulangkaji menggunakan buku koleksi soalan-soalan
SPM sebenar, soalan-soalan percubaan SPM dari negeri-negeri lain.
c. Pelajar didedahkan kepada teknik menjawab soalan-soalan SPM.
d. Pelajar diberi penekanan kepada topik-topik yang mudah diperoleh markah.
Contoh : Tajuk pengaruh Agama Hindu dan Buddha
e. Jadual Anjal yang dilaksanakan menjelang peperiksaan SPM akan bermula
pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 4.45 petang setiap hari mengikut sesi.
pelajar diasingkan mengikut kumpulan A, B, C, D, dan E. Setiap kumpulan
dipecahkan kepada kumpulan kecerdasan Quantum Q, Bintang dan Sinar.


Tindakan: Pengerusi dan ahli panitia

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Motivasi / Muhasabah Diri

Pengerusi meminta agar guru-guru Sejarah mengajar dengan ikhlas, menghalalkan ilmu-ilmu yang dicurahkan kepada pelajar dan sentiasa mendoakan kebaikan pelajar terutamanya kepada pelajar-pelajar PMR dan SPM. Berprasangka baik dan sentiasa memaafkan khilaf pelajar agar mendatangkan keberkatan kepada pelajar. Semoga dengan keikhlasan itu, guru-guru juga memperoleh keberkatan di dunia dan akhirat.

Tindakan:Makluman guru-guru Sejarah

PENUTUP

a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat/ ahli mesyuarat.

b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.




Disediakan oleh, Disemak oleh,


.............. ..............................................
(SURYATI BINTI BACHOK) (SHARIFAH ‘AIN HAJI ALI)
Setiausaha Pengerusi
Panitia Sejarah, Panitia Sejarah
SMK Dato’ Penggawa Barat. SMK Dato’ Penggawa Barat.


Tarikh : 21 Oktober 2011 Tarikh : 21 Oktober 2011

No comments:

Post a Comment

Post a Comment